Akta Perlindungan Data Peribadi


Select Language : Bahasa / English

Akta Perlindungan Data Peribadi

Akta perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta” tersebut) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, terpakai kepada See Hoy Chan Sdn. Berhad (“kami”). Untuk tujuan notis bertulis ini (“Notis”), terma terma “Data Peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam Akta tersebut.

See Hoy Chan Sdn. Berhad akan memproses data peribadi anda, termasuk: Nama, nombor telefon, alamat E-mel, alamat rumah atau pejabat dan data peribadi lain yang berkenaan dengan pertanyaan, maklumbalas atau aduan anda.

Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan daripada: panggilan telefon, borang maklum balas, borang maklum balas atas talian (laman web), E-mel atau faks.

Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya untuk:

a)      Memproses pertanyaan, maklumbalas atau aduan anda.

b)      Menhubungi anda.

(Secara kolektif, “Maksud-maksud” tersebut).

Data peribadi anda mungkin akan diberikan kepada bahagian pengurusan yang lain atau/dan kepada pihak perkhidmatan yang tertentu, di dalam atau di luar negara Malaysia, dalam pentadbiran See Hoy Chan Sdn. Berhad. Sila ambil perhatian bahawa, See Hoy Chan Sdn. Berhad perlu memproses data peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan seperti di atas. Tanpa maklumat tersebut, See Hoy Chan Sdn. Berhad tidak dapat meneruskan permintaan anda.

Kami boleh meminta bantuan anda jika data peribadi yang berhubungan dengan orang lain dikehendaki untuk memproses data peribadi anda. Oleh yang sedemikian, anda dengan ini bersetuju untuk berusaha dengan sebaiknya untuk membantu kami bila bantuan  anda diperlukan untuk tujuan yang disebut sebelumnya.

Permintaan untuk penyemakan, penukaran, penghapusan atau menghadkan pemprosesan maklumat anda (termasuk butir butir peribadi pihak lain yang diberikan oleh anda) boleh dilakukan oleh anda kepada kami. Sila hubungi See Hoy Chan Sdn. Berhad melalui panggilan telefon, pos, e-mail dan faksimili untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan maklumat peribadi anda. Anda boleh menghubungi melalui:

Jabatan: Customer Relations Centre 
Alamat: See Hoy Chan Sdn. Berhad Group
1201D, Level 12 Tower D, Uptown 5,
5 Jalan SS21/39, Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel No: 603-7730 8888
Fax No: 603-7728 3636
Email: customercare@shcsb.com.my

 

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta tersebut:

a)      Anda boleh, apabila membayar fi yang ditetapkan, membuat satu permintaan mengakses data bertulis kepada kami; dan

b)      Kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab bagi keengganan tersebut.

Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini

See Hoy Chan Sdn. Berhad berhak untuk mengubahsuai atau mengemaskini Notis ini selaras dengan pengamalan Akta PDPA. Notis perlindungan butir-butir peribadi ini juga boleh didapati dilaman sesawang www.shcsb.com.my dan anda boleh melayari laman sesawang tersebut dari masa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang terkini akan amalan Akta PDPA 2010.

Sekiranya terdapat apa-apa ketidak-samaan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia pada Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.